Pesta Buku Selangor 2018


Pesta Buku Selangor 2018, SACC Shah Alam Convention Centre

Pesta Buku Selangor 2018 telah berlangsung pada 29 Mac sehingga 8 April 2018 di Shah Alam Convention Centre. Yang pasti pelbagai buku yang sangat menarik serta pelbagai aktiviti yang tersedia. Terdapat 10,000 judul buku tersedia, dengan 100,000 buah buku untuk dijual. Ada novel cinta, buku agama, independent, travelog, masakan dan resepi, komik, seram dan buku kanak-kanak. Semuanya dengan diskaun istimewa.

Tarikh: 29 Mac hingga 8 April 2018
Masa: 10 pagi hingga 9 malam (Isnin-Khamis), 10 pagi hingga 11 malam (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convention Centre)