Pesta Buku Antarabangsa KL


Kuala Lumpur International Book Fair 2017 PWTC

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 telah diadakan selama 10 hari, dari 28 April hingga 7 Mei dengan sasaran untuk menarik 2.5 juta pengunjung. Diadakan di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pesta itu ialah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pendidikan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dalam ucapan pada majlis prapelancaran PBAKL 2017 berharap penganjuran PBAKL akan menjadikan Malaysia sebagai pusat ilmu di rantau Asia Tenggara. “Jika Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt di Jerman adalah pesta buku nombor satu di dunia, PBAKL adalah pesta buku nombor satu di rantau Asia Tenggara,”